Question:

In need for comments on a poem (not mine)

by  |  earlier

0 LIKES UnLike

title : lapis lazuardi

laut itu tetap biru

seluas mana saujana memandang

jalan itu terus lurus tanpa penghujung

selagi mata tertinjau

mereka yang tersenyum paling ria

sukanya tercipta bila ternampak insan tercinta

beriak gembira

biarpun episod kembaraku lebih jauh melangkaui

sesiapa sebelumnya

namun selepas ini akankah tersua wajah tawa

seceria itu lagi?

tika tingkap perspektifku terpejam

tercium harum hari semusim panas

sungai itu tanah tapak bermain tempur

hanya berdua bersama berselut lumpur

awan itu cuba dikejar berlumba-lumba

andai tercapai dapatkah dikecap apa rasanya

bahagia?

mereka yang paling laju memanjat gunung

saat tempat matlamat dihajat sehala setuju

seharung

banyaknya ingatan penuh nostalgia hingga tak

ingin lagi yang lain

kala tabir skopik berlabuh

langsung terbau masin laut itu dibawa bayu berlalu

kali ini musim panas datang menyinar warna perak

terang

terpantul pada rendang, cukup meredup dua orang

walau rantau kelana sampai ke ceruk dunia

mungkinkah nanti ketemu semula muka riang

yang dulu?

sedetik waktu deria visual tersorok di balik tirai

terkenang kembali lapis lazuardi hari itu...

 Tags:

   Report

1 ANSWERS


  1. And so,.... Post in portuguese, because:  aqui não é a casa da mãe Joana.

Question Stats

Latest activity: earlier.
This question has 1 answers.

BECOME A GUIDE

Share your knowledge and help people by answering questions.